| |
 |
| |
|
| SYARAT-SYARAT PINJAMAN |
| |
|
| 1. |
Pemohon/ ibubapa pemohon/ penjaga pemohon
yang sah hendaklah mempunyai Akaun SSPN.
Pembukaan akaun SSPN hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 2 dua minggu sebelum
mengemukakan permohonan pinjaman. |
| |
|
| 2. |
Warganegara Malaysia. |
| |
|
| 3. |
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan
sekurang-kurangnya 3 kepujian. |
| |
|
| 4. |
Telah mendaftar kursus Diploma / Advanced
Diploma sepenuh masa di Kolej Tunku Abdul
Rahman. |
| |
|
| 5. |
Baki tempoh pengajian semasa permohonan
dibuat tidak kurang dari satu (1) tahun. |
| |
|
| 6. |
Tidak mempunyai penaja atau penganjur lain. |
| |
|
| 7. |
2 orang penjamin yang terdiri daripada ibu dan
bapa kandung pemohon. |
| |
|
| JUMLAH PINJAMAN |
| |
|
| 1. |
Jumlah pinjaman pendidikan PTPTN MAKSIMUM bagi pelajar adalah seperti berikut: |
| |
Pelajar Diploma
|
RM 5,000 setahun |
| Pelajar Advanced Diploma |
RM 6,500 setahun |
|
| |
|
| 2. |
Kelulusan jumlah pinjaman pendidikan PTPTN
adalah bergantung kepada pendapatan bersih
ibubapa/ penjaga pelajar. |
| |
|
| 3. |
Pelajar mesti berjaya meneruskan
pengajiannya dan memperolehi
keputusan GPA 2.000 ke atas
pada setiap semester untuk layak
menerima pinjaman PTPTN
yang berterusan sepanjang tempoh pengajian. |
 |
|
| |
|
| BORANG PERMOHONAN |
| |
|
| 1. |
Borang Permohon Pinjaman Pendidikan PTPTN
dijual dengan harga RM 5.00 senaskah. |
| |
|
| 2. |
Borang permohonan boleh dibeli
pada sesi taklimat yang akan
dijalankan di Kolej Tunku Abdul
Rahman. (Sila merujuk kepada
bahagian Prosedur Permohonan) |
 |
|
| 3. |
Borang permohonan pinjaman juga boleh dibeli
di One Stop Center PTPTN. |
| |
|
| DOKUMEN SOKONGAN |
| |
|
Setiap permohonan mesti dilampirkan bersama SATU SALINAN dokumen sokongan yang telah DISAHKAN seperti berikut: |
| |
|
| 1. |
Kad pengenalan pemohon. |
| |
|
| 2. |
Kad pengenalan ibubapa pemohon. |
| |
|
| 3. |
Surat tawaran Kolej Tunku Abdul Rahman |
| |
|
| 4. |
Sijil SPM. (Transkip keputusan peperiksaan SPM
hanya diterima jika tempoh tidak melebihi DUA
TAHUN iaitu bermula daripada tahun
peperiksaan SPM diambil hingga tahun
permohonan pinjaman pendidikan dibuat.) |
| |
|
| 5. |
Slip gaji terkini / Kad Pesara Kerajaan / Borang
EA/EC ibubapa/penjaga. Pelajar yang tidak
mempunyai sebarang dokumen sokongan
pendapatan perlu mengisi Borang Pengesahan
Pendapatan yang boleh dimuat turun di laman
web PTPTN http://www.ptptn.gov.my |
| |
|
| 6. |
Buku akaun simpanan peribadi Public Bank
Berhad. (Pastikan nombor akaun adalah JELAS) |
| |
|
| 7. |
Salinan kad keahlian SSPN/ slip bank deposit
SSPN/ Penyata akaun SSPN/ surat maklumat
keahlian SSPN/ cetakan penyata akaun SSPN
dari laman web PTPTN |
| |
|
| 8. |
Transkrip Peperiksaan Diploma. (Bagi pelajar
Advanced Diploma) |
| |
|
| 9. |
Surat Pengesahan Status Pelajar daripada Sekolah
di KTAR dan salinan keputusan peperiksaan
setiap semester sebelumnya. (Bagi pelajar yang
mengemukakan permohonan pada semester 2
dan ke atas) |
| |
|
| 10. |
Sijil Kematian/ Akuan Sumpah sekiranya ibu
bapa kandung meninggal dunia atau tidak dapat
dikesan. |
| |
|
Setiap dokumen sokongan hendaklah difotostat
dengan menggunakan kertas BERSAIZ A4.
Pengesahan boleh dibuat oleh individu berikut: - |
| |
|
| A |
Semua pengawai kerajaan Kumpulan Pengurusan
dan Profesional dan ke atas di Kementerian/
Jabatan Persekutuan dan Negeri/ Pejabat
Daerah/ IPTA/ Sekolah. |
| |
|
 |
| B. |
Pesuruhjaya Sumpah dan Jaksa
Pendamai. |
| |
|
| C. |
Wakil Rakyat/ Senator. |
| |
|
| D. |
Penggawa/ Penghulu/ Ketua Masyarakat/
Sidang/ Pengawai Pembangunan Mukim/
Pengerusi JKKK |
| |
|
|
| E. |
Polis berpangkat ASP ke atas, Pengawai Tentera
berpangkat Kapten atau Setaraf dan ke atas. |
| |
|
| F. |
Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri/ Kapitan/ Pemanca/
Pegawai Taman Sabah (Untuk pelajar
Sabah dan Sarawak) |
| |
|
|
| PROSEDUR PERMOHONAN |
| |
|
| 1. |
Satu sesi taklimat permohonan dan menjual
Borang Permohonan Pinjaman akan
diadakan di
Kolej. Pelajar dinasihat
merujuk kepada Jabatan Hal
Ehwal Pelajar atau menyemak
papan notis untuk mendapat tarikh, masa dan tempat sesi
taklimat dijalankan. |
 |
|
|
|
| 2. |
Pelajar perlu membawa PENSIL 2B dan
PEMADAM untuk mengisi Borang Permohonan
Pinjaman pada sesi taklimat. |
|
|
| 3. |
Pelajar yang berminat untuk memohon pinjaman
pendidikan perlu membaca, memahami dan
memenuhi syarat-syarat pinjaman. Semua
dokumen yang diperlukan hendaklah
dikemukakan bersama Borang Permohonan
Pinjaman. Kegagalan menghantar dokumen
berkenaan akan menyebabkan permohonan
DITOLAK. |
|
|
| 4. |
Semua Borang Permohonan yang lengkap MESTI dihantar melalui pihak Kolej pada sesi Taklimat
mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak
Kolej. Borang permohonan yang dihantar secara
terus ke PTPTN tanpa melalui pihak Kolej akan
DITOLAK. |
|
|
|
Pelajar adalah dinasihat untuk
melayari laman web PTPTN
http://www.ptptn.gov.my untuk
memperolehi maklumat yang terkini. |
 |
| |
Pelajar dinasihat merujuk kepada
laman web PTPTN yang dinyatakan di atas untuk
maklumat bayar balik pinjaman. |
|
|
|
| PROSEDUR MENANDATANGANI
SURAT TAWARAN DAN
DOKUMEN PERJANJIAN |
| |
|
| 1. |
Senarai nama pelajar yang berjaya dalam
permohonan pinjaman akan dipaparkan di papan
notis Jabatan Hal Ehwal Pelajar dalam jangka
masa 7 hari selepas tarikh permohonan. |
| |
|
| 2. |
 |
Satu sesi taklimat untuk mengisi dokumen
perjanjian akan diadakan olehpengawai PTPTN
pada tarikh,masa dan tempat
yang ditetapkan. Pegawai
PTPTN akan mengagihkan
Surat Tawaran dan Dokumen
Perjanjian Pendidikan dalam
sesi taklimat untuk mendapat
pinjaman Pendidikan. |
|
| |
|
| 3. |
Pelajar yang berjaya perlu membawa item yang
disenaraikan untuk menghadiri sesi taklimat dan
menandatangani dokumen perjanjian: |
| |
|
4 keeping setem hasil yang bernilai RM 10 setiap
satu. |
 |
| |
|
|
1 salinan Buku Akaun Simpanan
Peribadi Public Bank Berhad |
| |
|
|
Pen mata bulat (Ball Point Pen)
berwarna hitam atau biru. |
| |
|
|
Gam untuk melakat setem hasil. |
| |
|
|
| |
|
Pinjaman hanya akan dibayar kepada pelajar yang
menghadiri sesi taklimat dan berjaya melengkapkan
Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian Pinjaman
PTPTN. |